Skip to main content

Persatuan Pandu Puteri Malaysia


PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA

LOGO


PENGENALAN

Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 75,00 orang ahli dan sukarelawan di seluruh Malaysia.
Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).


MISI & VISI
  • Visi

- Menerajui Perkembangan potensi gadis dan wanita 

dalam membawa perubahan. 

  • Misi
- PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu , kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa , bangsa dan antarabangsa.



Lagu Dunia

Versi Bahasa Melayu
 
Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.


Our way is clear as we march on,
And see our flag on high
Is never furled throughout the world
For hope shall never die
We must unite for what is right
In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Shall sing our song.
Shall sing our song.

All those who loved the true and good
Whose promises we were kept
With humble minds whose acts were kind
Whose honour never slept
Those were the free and we must be
Prepared like them to live
To give to all, both great and small
All we can give
All we can give.
 



Etika Pemakaian Seragam
  •  Setiap ahli perlu mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia termasuk stail atau potongan. Baju yang ditetapkan dalam majlis rasmi adalah baju lengan panjang dan tidak boleh digayakan seperti lengan berkedut di bahu. Manakala fesyen seluar yang ditetapkan bagi pakaian rasmi adalah jenis seluar potongan lurus. Versi lain seperti seluar kembang (carrot top ataupun bell top) tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemakaian seluar jeans denim dibenarkan dengan kemeja-t semasa perkhemahan dan semasa melakukan aktiviti lasak.





Persetiaan

Cogan Kata

Undang-Undang Pandu Puteri




BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU : CARTA ORGANISASI


  • Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
  • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
  • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.





PERSETIAAN PANDU PUTERI

Bahawa Dengan Sesungguhnya

Saya Berjanji Dan Bersetia

Dengan Sedaya Upaya

Menunaikan Kewajipan Saya kepada Tuhan

Raja Dan Negara Saya Malaysia

Menolong Orang Setiap Masa, dan


Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri


TATACARA PERLANTIKAN 

- INI MERUPAKAN TATACARA SEBELUM , SEMASA DAN SELEPAS PELANTIKAN DIJALANKAN 

  1. MEMBENTUK LADAM KUDA CARA 1 DAN CARA 2
  2. MEMANGGIL PASUKAN PANJI PANJI MELAKSANAKAN TUGAS
  3. MEMANGGIL KETUA PASUKAN UNTUK MENGAMBIL KEHADIRAN AHLI
  4. MELAKSANAKAN UPACARA PELANTIKAN PANDU PUTERI DEWASA


Image result for adat istiadat pandu puteri
Pembentukan Ladam Kuda
Pembentukan Ladam Kuda


Dx Uniform: Sejarah Pandu Puteri
Pandu Puteri Siswi




BERJABAT TANGAN

Imej mungkin mengandungi: teks
TANDA HORMAT

Persatuan Pandu Puteri Malaysia - Wikipedia

LENCANA PERLANTIKAN PANDU PUTERI SISWI




BLOG UNIT KOKURIKULUM SMK SG BESAR: Panduan Pemakaian Pakaian Seragam

Reflection of my OWN LIFE: .:Waran Pemimpin Renjer:.
Terdapat dua cara untuk mendapat kelayakan tersebut:
  1. Individu dewasa yang pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi. Individu ini boleh mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi yang ditugaskan tanpa menghadiri Kursus Pemimpin Baru. Pemakaian lencana Pandu Puteri Kadet / Pandu Puteri Siswi ditukar dengan lencana pelantikan pemimpin.
  2. Individu dewasa yang tidak pernah mengikuti Program Pandu Puteri Kadet atau Program Pandu Puteri Siswi tetapi berminat atau dilantik sebagai penasihat oleh pihak tertentu untuk mengendalikan Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja, Pasukan Pandu Puteri Renjer, Pasukan Pandu Puteri Kadet atau Pasukan Pandu Puteri Siswi.
    Syarat kelayakan: Perlu hadir Kursus Pemimpin Baru dan dilantik sebagai Pemimpin Tidak Berwaran oleh Pesuruhjaya Daerah atau Ketua Pesuruhjaya Cawangan.














Comments